Tuesday, 17 September 2019




           NAMA: NUR MIZAN TIHANI BINTI MOHD JAILANI
NO KAD PENGENALAN: 011205030208
ANGKA GILIRAN:
UNIT: BAHASA MELAYU 3





SEGAK merupakan singkatan daripada perkataan Singkatan Kecergasan Fizikal Kebangsaan yang biasanya digunakan bagi mengukur tahap kecergasan individu. Pada 17 Julai 2019, ujian SEGAK Pra telah diadakan manakala pada 12 September 2019, ujian SEGAK Post pula telah dilakukan. Kedua-dua ujian ini dilakukan oleh pelajar PPISMP daripada opsyen Pendidikan Islam dan Bahasa Melayu daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail di dewan tertutup.
Pada ujian SEGAK Pra, ketinggian saya ialah 161 cm dan berat saya  43 kg dan pada ujian SEGAK Post berat saya menurun menjadi 41kg. Hasilnya keputusan Indeks Jisim Badan (BMI) saya menurun dari 16.6 kepada 15.8. Indeks jisim Badan (BMI) adalah bertujuan untuk  mengukur komposisi badan sama ada dalam kompsisi badan yang normal atau sebaliknya. Oleh itu, antara punca komposisi badan saya berada dalam keadaan tidak normal adalah kerana pengambilan nilai kalori makanan saya tidak mencapai nilai sepatutnya. Saya juga tidak mengikut waktu makan yang betul dan mengambil makanan yang mempunyai nilai kalori dan khasiat yang kurang. Saya juga kurang membudayakan amalan pemakanan  berlandaskan piramid makanan yang telah ditetapkan serta kurang mengamalkan sukatan pemakanan bagi setiap hidangan yang diambil.  Ini menyebabkan Indeks berat badan (BMI) saya tidak berubah dan masih dalam keadaan yang tidak normal.

                                     Gambar 1: Ujian BMI dilakukan

Ujian naik turun bangku adalah bertujuan untuk menilai daya tahan kardiovaskular saya.Pada ujian SEGAK Pra  bacaan nadi saya ialah 120 manakala pada ujian SEGAK Post  bacaan nadi saya ialah 90 iaitu  penurunan sebanyak 30 denyutan nadi.  Hal ini menunjukkan jantung saya semakin cergas kerana berlaku pengurangan daripada segi denyutan nadi dek kerana peningkatan kecekapan otot jantung  mengepam darah ke seluruh anggota badan dalam tempoh masa tertentu.Hal ini berlaku kerana,saya selalu melakukan senaman yang berkonsepkan pelbagai kelajuan seperti lari pecut, berjoging dan berlari dalam kelajuan sederhana.Saya selalu melakukan senaman ini setelah saya menyertai kelab silat yang banyak melakukan aktiviti kecergasan.

                          Gambar 2: Ujian Naik Turu Bangku Dijalankan

Tekan tubi adalah  bertujuan untuk menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu saya.Pada ujian SEGAK Pra bilangan tekan tubi yang dapat saya lakukan adalah sebanyak 20 kali tekan tubi. Pada ujian SEGAK Post, bilangan tekan tubi yang dapat saya lakukan adalah sama dengan ujiaan SEGAK pra .Hal ini menunjukkan kekuatan otot bisep saya tidak berubah.

                                Gambar 3: Ujian Tekan Tubi dilakukan

Seterusnya, ujian ringkuk tubi separa adalah bertujuan untuk menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen saya. Pada ujian SEGAK Pra dan Post jumlah bilangan ringkuk tubi separa yang dapat saya hasilkan  bertambah daripada 20 kepada 22. Hal ini kerana saya sentiasa melakukan aktiviti senaman pada waktu petang dan selalu membuat aktiviti di gym.

                        Gambar 4: Ujian Ringkuk Tubi Separa dijalankan

Ujian jangkauan melunjur bertujuan mengukur fleksibiliti saya dan jumlah jangkauan melunjur  dapat saya hasilkan pada ujian SEGAK Pra ialah 31cm dan meningkat menjadi 46cm di ujian SEGAK Post. Hal ini  menunjukkan kelenturan badan yang baik.Kelenturan yang baik penting dalam mengurangkan risiko kecederaan dan meningkatkan daya tahan, kekuatan dan ketangkasan.

                        Gambar 5: Ujian Jangkauan Melunjur Dilakukan

Ujian bleep test saya meningkat dari 2.1 kepada 2.8. Hal ini menunjukkan peningkatan yang baik kerana saya selalu melakukan aktiviti senaman pada waktu petang.Sebagai contoh,saya akan berjoging di sekitar ipg selama 20 minit sebanyak 4 kali seminggu.Ini telah menyebabkan stamina saya semakin bertambah dan menambah daya tahan otot saya untuk berlari secara konsisten.

                            Gambar 6: Ujian Bleep Test Dilaksanakan